TERMA & SYARAT


Pelanggan Yang Dihormati,

Sila baca terma dan syarat pembelian sebelum membuat tempahan.


Terma-terma dan Syarat-Syarat Tempahan

TOP ONE adalah jenama produk wangian dan minuman keluaran syarikat milik Dato’ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Kami menawarkan perkhidmatan secara online dan offline untuk kemudahan pelanggan. Dengan membuat tempahan melalui website ini atau pun di premis kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman web ini kerana ianya merupakan suatu syarat yang wajib dipatuhi.  
 
Tiada kontrak diwujudkan di antara anda (Pembeli, Pelanggan) dan kami (Penjual) sehinggalah kami menerima tempahan anda serta bayaran  yang ditetapkan. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh satu (1) - tiga (3) hari bekerja bagi mengesahkan penerimaan bayaran berkenaan.  Jika anda tidak menerima maklumbalas kami dalam tempoh tersebut, sila hubungi kami melalui telefon atau email. Setelah kami menerima bayaran dan pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara anda dan kami.



Barangan dan Perkhidmatan 
Kami hanya mengambil tempahan barangan berbentuk pukal daripada pelanggan yang berminat menjadi pengedar atau stokis sahaja. Pelanggan yang mahu mencuba produk boleh hubungi pengedar atau stokis berhampiran kawasan anda. 
Barangan yang ditawarkan tertakluk kepada stok. Jika semasa anda membuat tempahan, stok barangan itu kehabisan, kami akan maklumkan kepada anda secepat mungkin.

Kami berhak membuat perubahan harga dari semasa ke semasa.  Harga pembelian mengikut harga pada masa tempahan dibuat.

Harga yang dipamerkan tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk.

Barang yang telah dijual tidak boleh dipulangkan atau di tebus semula atau di tukar dan semua pembelian adalah muktamad.

Pembayaran
Semua  pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) 

Pembayaran bagi tempahan yang dibuat melalui laman web ini boleh dilakukan secara terus kepada akaun yang ditetapkan. Pembayaran melalui kad kredit tidak diterima.

Penghantaran
Pesanan dan pengambilan dengan cara datang sendiri boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Sila buat temujanji terlebih dahulu jika anda ingin membuat pesanan dan mengambilnya sendiri (COD).

Pesanan akan dibatalkan jika pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh anda membuat pesanan dan jika perlu pesanan baru hendaklah dibuat.

Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran dibuat. Barangan tidak akan dihantar selagi bayaran tidak dijelaskan.

Penghantaran barangan adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat. 

Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan kurier Airpak Express sahaja. 
Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi.  Penghantaran melalui Airpak Express hanya mengambil masa di antara satu atau dua hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan Airpak Express di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.

Risiko
Penghantaran melalui Airpak Express dijamin selamat. Walaubagaimana pun kami tidak boleh dipertanggung jawab di atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak Airpak Express. 

Warranti

Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara lisan/bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.

Pembatalan Tempahan
Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat  jika pembayaran belum dilakukan. 

Polisi Privasi
Tujuan kami menyimpan maklumat yang anda berikan adalah khusus untuk memproses tempahan anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan tempahan atau pesanan anda.  Kami tidak akan dengan secara sengaja memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.

Lain-lain
Jika anda ada sebarang masalah dan kemuskilan mengenai terma dan syarat-syarat diatas, sila hubungi kami


Sekian.

Diubah Suai Kali Terakhir Pada 4 Januari 2012 oleh Itqan Marketing & Services